SPAD beri lampu hijau bina tren kat Melaka

MELAKA - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi lampu hijau bagi projek trem di Melaka walaupun undang-undang berkaitan penggunaannya masih belum wujud.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kerja-kerja teknikal seperti pembinaan landasan dan depoh boleh dimulakan sementara menunggu undang-undang pengangkutan trem digubal.
 
"Undang-undang jalan raya sedia ada tidak merangkumi penggunaan trem dan belum ada peraturan yang mentadbir pergerakannya. Namun, kita benarkan projek ini diteruskan kerana kita masih ada masa untuk mewujudkan undang-undang tersebut selagi operasi trem belum dimulakan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini semalam

Acu try hok bowoh nih pulok bohhh, molek jugok nih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...