Semakan keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) untuk sesi Mac 2014 boleh dibuat mulai 5 Mei 2014. Calon boleh menyemak secara online atau menggunakan perkhidmatan SMS.
Semak keputusan ujian MUET secara online
Semakan online boleh dibuat mulai jam 9:00 pagi melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di pautan berikut:
Semakan keputusan MUET sesi Mac 2014
Semak keputusan MUET melalui SMS
Perkhidmatan mySMS untuk semakan result peperiksaan MUET akan diaktifkan bermula 12:01 tengah malam 5 Mei 2014.
Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan MUET melalui SMS:
Taipkan:
MUET<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]
Contoh: MUET RESULT 930325035243
-
Hantarkan SMS ke 15888
Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.
Semoga berjaya dan good luck!
Acu try hok bowoh nih pulok bohhh, molek jugok nih!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan